Saturday, 22 September 2018

MANA YANG DIKATAKAN SEBENAR AL QURAN @ KALAM TUHAN?

MANA YANG DIKATAKAN SEBENAR
AL QURAN @ KALAM TUHAN?
________________________________________
Sebenar-benar Al Quran itu, adalah Kalam tuhan.. Sebenar-benar Kalam tuhan itu, adalah sesuatu yang tidak berhuruf dan tidak pula bersuara.. Jadi hakikat Al Quran yang sebenar-benar itu, adalah diri kamu sendiri..
________________________________________
Diri peribadi kamu itulah sebenar-benarnya Al Quran.. Al Quran yang tidak akan hangus jika dibakar, dan tidak akan basah jika direndam.. Yang dinamakan Kalam tuhan itu, bukan sekadar di dalam bahasa Arab, tetapi meliputi bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, India, Jerman, Perancis, Yahudi, dan sebagainya.. Yang dikatakan Al Quran itu, bukan sekadar tertulis di atas lembaran kertas, tetapi ianya meliputi sekalian langit dan juga bumi..
________________________________________
Jika kamu bertuhankan Al Quran buku, maka kamu akan berasa resah dan kecewa, kerana katanya suatu masa kelak, Al Quran akan diangkat semula ke langit. Tetapi jika kamu beriman dengan Al Quran diri, maka kamu akan merasa tenang dan bahagia buat selamanya, kerana kamu tahu, sesungguhnya, Dia tidak pernah berpisah walau sesaat darimu.

No comments:

Post a Comment