LIVE THE LIFE TO ITS FULLEST
________________________________________
Alangkah indah kehidupan seorang kanak-kanak.. tidak dibebani dengan masa lampau, dan tidak pula merisaukan tentang masa depan.. hanya menikmati masa sekarang..

Tidak ada sistem yang perlu diikuti.. tidak ada peraturan yang perlu dipatuhi.. bagi seorang kanak-kanak, segalanya bebas.. segalanya indah.. segalanya nikmat.. segalanya syurga..

Hidup seharian kanak-kanak tidak dipenjara oleh sistem kerja 8 pagi hingga 5 petang ciptaan kaum kapitalis.. masa seharian anak-anak kecil juga tidak dipenjara oleh beban kerja 7 hari seminggu ciptaan kaum opurtunis..

Bagi anak-anak kecil, tidak pernah sesekali terlintas di dalam benak fikiran mereka untuk menyembah wang dan pangkat.. begitu juga, seorang kanak-kanak itu tidak pernah sesekali dapat dibutakan oleh gelaran dan juga darjat..

Paling utama, hidup seorang kanak-kanak itu ibarat selembar kain putih.. tidak ada istilah baik dan buruk.. tidak pernah risau akan suatu konsep yang dinamakan dosa dan pahala.. dan bagi seorang anak kecil itu, tidak pernah wujud di dalam khayalan mereka akan suatu tempat ghaib yang dinamakan syurga dan neraka..

Bagi seorang anak kecil, dosa, pahala, syurga, neraka, baik, buruk, munkar, nakir, neraca, mizan, dan segala istilah arab padang pasir itu, adalah tidak ada, tidak nyata, bahkan tidak pernah wujud sama sekali.. ianya sekadar dimomokkan oleh orang-orang tua mereka yang ternyata ada kepentingan di sebaliknya..

P/s: bertabahlah dik, kerana sekejap lagi engkau pasti merasakan libasan rotan, tidak pun paip getah, atau pun penyangkut baju, paling tidak pun, pasti makan penampar sulong mak kau. Sesungguhnya, itulah realiti kehidupan. Dan ketahuilah, realiti sememangnya menyakitkan.

JiaHaHahAha
😂
🤣
No comments:
Post a Comment