Wednesday, 5 September 2018

hi

#ISBAT SEMATA-MATA
________________________________________
Ada yang mentafsirkan bahawa “Mati Diri” itu sebagai hidup itu sendiri. Tidak perlu lagi untuk mati. Kerana mati itu pun telah sedia ada di sini. Ini merujuk kepada zat manusia yang mana pada hakikatnya adalah Adam, yang ertinya, tiada atau kosong.
________________________________________
Abdullah Bilyali pernah berkata, bahawa si Arifbillah tidak akan sekali-kali mencapai ilmu Allah, kecuali dia menganggap zat, sifat dan afa’al nya - sebagai Zat, Sifat dan Afa’al Allah. Ini kerana pada hakikatnya, Allah kekal dalam hidupNya sendiri.
________________________________________
Dan tidak ada yang lain - "LAISA FIL WUJUDU ILLALLAH" – "TIDAK ADA YANG WUJUD MELAINKAN ALLAH". Dan lagi dalil - "INNI ANALLAH, LAA ILA HA ILLA ANA" – "SESUNGGUHNYA AKULAH ALLAH, TIDAK ADA TUHAN MELAINKAN AKU”
__________
Ana Al Haq

No comments:

Post a Comment