Saturday, 22 September 2018

hi

Malunya aku dengan diri sendiri, walaupun sudah 7 tahun peristiwa kebodohan ini terjadi. Mati-mati aku sibuk mengumpul pahala, kerana aku sangka, dengan mata wang tersebut, aku bisa membeli syurga. Celaka sungguh aku.
________________________________________
Maksud hadis nabi di bawah ini, bukanlah ia straight forward. Akan tetapi, engkau renunglah apa makna atau hakikat sebenar di sebalik istilah 'ibu', 'al quran', dan juga 'kaabah' itu.
________________________________________
Kalau engkau renung wajah ibumu, nescaya akan mengajarkan kamu erti cinta dan kasih sayang yang tidak pernah mengharapkan balasan, itulah hakikat rahman dan rahim.
________________________________________
Kalau engkau renung al quran, nescaya engkau melihat ayat ayat di dalam bahasa arab. Akan tetapi jika engkau renung al quran dirimu, nescaya engkau akan memperoleh hikmah.
________________________________________
Jika engkau merenung kaabah yang di makkah, nescaya engkau melihat seketul batu buruk berbentuk segi empat dan dikelilingi oleh sekumpulan orang bodoh. Namun, jika engkau merenung baitullah hatimu, nescaya engkau akan menemui Aku di situ. Ya sahabat, Aku.
________________________________________
P/s: terima kasih pada orang yahudi, kerana dengan teknologi dan kecanggihan mereka, dapat juga aku muhasabah diri pada pagi ini.


Foto Hakikat Insan.

No comments:

Post a Comment