Against All Odds
Ingatlah.. walau apa saja perkara, idea, atau pun peraturan-peraturan yang telah digazetkan, sentiasa saja ada pihak-pihak yang berada di belakangnya.. di sebalik setiap badan, parti, mahu pun institusi-institusi agama sekalipun, sentiasa saja ada tangan-tangan ghaib yang mengawalnya, yang mencaturi setiap gerakan dan juga hala tujunya.
jika kalian terlalu taksub dengan idea-idea mereka yang berselindung di sebalik nama agama dan sewenang-wenang menjual nama tuhan, dan juga menjadi pendokong yang membabi buta menyokong tanpa menggunakan logik akal dan juga deria rasa kemanusiaan, maka celakalah anda dan juga seluruh kehidupan anda.
tanpa anda sedari, kehidupan anda sekadar menjadi kuda tunggangan bagi menuju perang antara kapitalis, bahkan ada yang sampai menjadi seekor keldai bodoh yang dipijak dan disepak teranjang oleh tuan yang semakin kaya demi sesuap makanan malam
No comments:
Post a Comment