Wednesday, 29 August 2018

kah win

Foto Mohd Firdaus Daus.

cindai


Kain cindai asli terengganu , yang pernah digunakan oleh raja terengganu suatu ketika dahulu.

mak cun

Foto Mohd Firdaus Daus.

ben dera merah

Foto As Gee.

gambar

Foto Md Shah Md Din.

cindai


 berperang, dan kain ini juga pernah digunakan dizaman kesultanan melayu sebagai baju kalis tikaman ibarat zaman sekarang sebagai baju kalis peluru. Dan kain ini masuk kealam melayu kita lebih kurang 500 tahun dahulu. Sekarang hanya tinggal nama dan cebisan sisa sisa ,teknik dan bahan bahan untuk disalut pada benang sutera kain cindai ini sudah lenyap dari lipatan sejarah.

ber atu ran


Pompuan negro ni beraturla pnya lama selama 15min di sebuah kedai di France,,.. Sejurus itu, pegawai keselamatan mnghampirinya & memberitahunya yg 3 org di depannya adalah patung,,..bukan org! Wadepak?!hahaha

fb l

❤️”please.. one at the time..” 🙏🏼
“Sebelum kita proses bab yang lain, atau bab-bab X-Y-Z, Kita nak kena la proses bab A-B-C duluuu, step by step laa” 🙏🏼
“Kenalilah akan siapakah diri kita dulu, sebab takluk untuk mengenal Allah, wajiblah mengenal Diri kita dulu..,
Dan sesungguhnya pemahaman ilmu ‘Sifat 20’ dari sudut Tauhid Tahakik dan seterusnya keperingkat tajali, adalah sangat sangatlah penting bagi mereka yang diperingkat awal didalam pengkajian Ilmu MENGENALI DIRI..”

gigi besi

Foto Mas Khan.
BERHATI-HATI DENGAN ISLAM
VERSI CETAK ROMPAK
________________________________________
Penyesat terbesar buat umat Islam di Malaysia ini, bukanlah Sang Iblis, atau Si Dajjal, atau jin kapir, atau kaum Yahudi, atau kaum Nasrani, atau golongan Syiah, atau golongan Wahabi;
________________________________________
Tetapi mereka ini terdiri daripada geng lebai sorban saiz bakul, jubah dan capal cap nabi, daie muda, pencetus ummah, imam muda, ostad mee segera made in al azhar, syeikh yahanana penyembah arob fadan fasir, pak pak habib jewel penyembah keturunan assobiyah, dan tidak ketinggalan juga, geng unta buta yang berkiblatkan arab saudi.
________________________________________
P/s: awas. Sentiasalah berhati-hati, kerana mereka berada sangat hampir dengan anda, bahkan mungkin berkongsi ofis dengan anda.
Dalam posting sebelum ini,
Ramai pulak yang meroyan.
Terasa ke, bro? JiaHahAhaha 😂🤣
Maaflah, kerana masaku bukan untuk dihabiskan kepada kaum yang bermata ikan kering dan yang berhati batu. Aku tidak punya masa untuk berdebat dan bertikam lidah dengan kalian, kerana perbuatan itu adalah sia-sia belaka. Bak kata orang tua-tua, ibarat mencurah air ke daun keladi. Kalian boleh saja terus mengikuti perjalanan page ini, dan silakanlah rasa butthurt sendiri-sendiri.
Buat yang ikhlas mengikuti demi menimba secebis dan sebaris tinta dari selautan ilmuNya, dan buat mereka mereka yang sudi merendahkan diri, mengaku bodoh dan jahil, dan yang tidak segan untuk membuang rasa ego yang telah lama berakar di sanubari, aku ucapkan selamat berjalan. Terus dan teruslah berjalan, jangan menoleh ke belakang lagi.
RAHSIA DI DALAM RAHSIA
________________________________________
Sebenar-benarnya diri itu Ruh, sebenar-benarnya Ruh itu Sir. Sebenar-benarnya Sir itu Rahsia. Sebenar-benarnya Nur tuhan itu Sifat, sebenar-benarnya Sifat itu Zat. Sebenar-benarnya Zat itu Sir. Maka Sir itulah yang disebut Aku Laisa Kamislihi Syai'un.
________________________________________
Jikalau engkau lupa, maka Aku ini terlebih jauh,, dan jikalau engkau dekat, maka Aku ini terlebih hampir,, dan jikalau engkau hampir, maka Aku ini adalah dirimu,, dan dirimu itu adalah diriKu.
________________________________________
Nafas itu adalah Rahsia antara turun naik, itulah yang berkata "AKU ADALAH ENGKAU" dan "ENGKAU ADALAH AKU". Di situlah engkau di dalam diriNya, naik itu berbunyi Wujudku dan turun pula berbunyi ZatKu.
________________________________________
Di situlah engkau mengetahui atau yang berkata disebut Rahsia di dalam Rahsia, maka hilanglah Rahsia itu, yang ada hanyalah Wujudku. Di situlah engkau Mikraj, iaitu pertemuan dalam HadiratKu.
CARILAH YANG DAPAT MENYAMPAIKAN
________________________________________
Adapun Aku ini adalah rahsia yang memerintah ruh, dan ruh itu pula memerintah hati, dan hati itu pula memerintah tubuh.
________________________________________
Berdiri akan sembahyang itu, pada hakikatnya tuhan jua yang ada yang esa sendirinya, tiada dua dan tiada tiga. tuhan memuji dirinya sendiri, maka di situlah fananya kita.
________________________________________
Tiada lagi kita yang bertubuh batin dan zahir, hanya tuhan yang wujud dan yang ada, bertubuh makhluk batin dan zahir, maka yang bertubuh itu ruh namanya.
________________________________________
Hanya nur tuhan jua yang jadi tubuh kita. Dan pada hakikat nur itu, terkandung rahsia besar di sebaliknya iaitu sir namanya, dan di dalam sir itu, Akulah tuhan.
________________________________________
Itulah hakikat diri peribadi kita umat manusia, yang membawa dan menanggung rahsia ketuhanan. Agar lebih faham, engkau pergurukanlah kepada guru yang benar ahli hakikat dan sampai pula ke maqamnya.
________________________________________
Usahlah kau pergurukan kepada guru yang sangkut atau kandas, kelak engkau akan dikelirukan oleh pelbagai nama dan beza, di saat itu pula engkau bertuhankan tarekat dan zikir, menyembah syeikh dan mursyid.
_____________________
Itulah yang namanya,
makrifat SYOK SENDIRI.
KISAH CINTA DI SEBALIK MURKA
________________________________________
Tuhan, yang Maha Suci Dia daripada segala kesilapan, berfirman kepada Sang Iblis: "Pilihan adalah milik-Ku, dan bukannya milikmu." Lalu Iblis pun menjawab: "Segenap pilihan, bahkan pilihan diriku, sungguh adalah milik-Mu. Kerana Engkau telah terpilih untukku, wahai Sang Khaliq. Jika Engkau mencegahku daripada bersujud kepada Adam, maka Engkau sendiri adalah 'sebab' pencegahan itu."
________________________________________
Iblis melanjutkan bicaranya: "Jika aku telah khilaf berbicara, nescaya Engkau akan tidak membiarkanku, kerana sesungguhnya Engkau adalah Sang Maha Mendengar. Jika Engkau berkehendak aku bersujud kepadanya, nescaya aku pun taat. Aku tidak mengetahui seorang pun di antara makhluk yang Arif, yang teramat rapat dan yang tersangat cinta kepada-Mu, justeru yang mengenal-Mu secara mendalam yang lebih baik daripada aku."
________________________________________
"Janganlah Engkau persalahkan aku, atau mengeji aku, apalagi melaknat aku, bahkan anugerahilah aku, wahai Penguasaku, demi aku sendiri. Walaupun dalam hal janji, janji-Mu itu pada hakikatnya adalah prinsip Kebenaran, tentunya prinsip ikhtiarku juga amat kuat. Mereka yang berhasrat menulis ikrarku ini, atau golongan yang membacanya, akan mengetahui bahawa aku akhirnya menjadi seorang Syahid!"
BUAT GOLONGAN YANG BERFIKIR
________________________________________
Kucing, kalau dia baca buku bahasa kucing, sudah tentu dia akan faham, kerana "meow meow meow" itu adalah bahasa rasminya sang kucing.. Anjing pula, kalau dia baca buku bahasa anjing, sudah tentu dia akan faham, kerana "woof woof woof" itu adalah bahasa rasminya sang anjing..
________________________________________
Yang menjadi masalah, apabila si kucing tadi, yang tidak pernah belajar dan mendengar atau bertutur dengan bahasa selain bahasa kucing, membaca buku bahasa anjing, sudah tentu dia tidak faham.. Sudahlah tidak faham, dikatanya pula sang anjing itu salah, sesat, songsang, kafir, syiah, wahabi, yahudi, atheis, dan yang sewaktu dengannya..
___________________
What the hell 😂🤣
#SYURGA DAN #NERAKA
NYATA DI SINI, PASTI.
______________________________
Ketenangan hati itu syurga...
Kesihatan yang baik itu syurga...
Kewangan yang baik itu syurga...
Keluarga yang baik itu syurga...
Sahabat yang baik itu syurga...
Syurga bukan di langit sana...
Syurga nyata di bumi ini...
______________________________
Kegundahan hati itu neraka...
Kesihatan yang buruk itu neraka...
Kewangan yang buruk itu neraka...
Keluarga yang buruk itu neraka...
Sahabat yang buruk itu neraka...
Neraka bukan di langit sana...
Neraka nyata di bumi ini...
______________________________
Pilihlah saja destinasimu;
Mahu tetap tinggal di istana syurga...
Atau mahu meringkuk di penjara neraka...
Kerana yang memilih itu, kamu...
Bukan aku, bukan dia, bukan mereka...
Kamu.

JANGAN SESEKALI MEMANDANG RENDAH KEPADA SANG GURUMU

JANGAN SESEKALI MEMANDANG
RENDAH KEPADA SANG GURUMU
________________________________________
Jika sang guru menyuruhmu makan ikan, tetapi beliau memberimu seekor cacing, maka janganlah sesekali engkau berprasangka bahawa beliau itu seorang yang bodoh, gila, malah engkau layak pula mencacinya.
________________________________________
Sebaliknya yang harus engkau lakukan adalah mencari joran dan kail, bukan memakan cacing itu. Jika engkau terus memakan cacing itu, maka engkaulah yang bodoh dan tolol di dalam memahami pesan gurumu yang arif itu.

ARIFFBILLAH

_________________________
Seorang ahlul hakikat,
yang tiada berhakikat.
Seorang pencinta Tuhan,
yang tiada berTuhan.
_________________________
Dan seorang ahlul syariat,
yang tiada bersyariat.
Dan seorang ahlul makrifat,
yang tiada bermakrifat.
_________________________
Dan seorang ahli fikir,
yang tiada menggunakan fikiran.
Dan seorang ahli tasawuf,
yang tiada mengamalkan tasawuf.
_________________________
Seorang pengenal,
yang tiada mengenal lagi.

CINTA PALSU

CINTA PALSU
________________________________________
Aku merasa amat kasihan dan sedih sekali, apabila aku bersolat di masjid-masjid dan juga di surau-surau.. Semakin cantik hiasan dan semakin besar kawasan.. namun yang berlaku di sana cumalah acara menyembah ketiadaan.
________________________________________
Kedengaran dan juga kelihatan para imam berlumba-lumba sesama sendiri, siapa yang lebih merdu sekali bacaan nya.. atau siapa yang paling bagus sekali hafalan nya.. atau siapa yang paling betul sekali mahkraj nya.
________________________________________
Namun malang sekali, pada hakikatnya mereka itu adalah 'imam mati', atau imam yang hatinya tidak hidup.. zahirnya kacak bergaya dengan jubah dan serban labuh, tapi hakikatnya manusia berkepala anjing dan juga babi.
________________________________________
Yang disembah di hadapan mereka pula berupa iblis dan jin, kerana mereka tidak pernah mengenal tuhan dan diri sendiri.

TAUHID HAKIKI

TAUHID HAKIKI
________________________________________
Yang dikatakan Tauhid Hakiki itu adalah perkara mentauhidkan diri kepada tuhan dari segi batin dan juga zahir.
________________________________________
Dalam pengertian tubuh qadim dan Ruh Qadim itu ialah bersumber daripada Makrifatunnafsi, ertinya mengenal diri kita ini daripada tuhan dan tiada pernah terpisah dengan tuhan sejak daripada awal yang tiada berawal, sehingga kepada akhir yang tiada berakhir nanti.
________________________________________
Demikian pula yang dikatakan Tubuh dan Ruh Zahir, sebenarnya hal ini sejak awal memang tidak pernah terpisah. Kerana pada masa qadimnya, yang zahir dibungkus oleh yang qadim, sedangkan setelah zahir, maka yang qadim pula dibungkus oleh yang zahir. Hanya ganti tempat saja secara rahsia.
________________________________________
Demikian pula sewaktu akhir hayat kelak, apabila telah sampai panggilan Ilahi untuk kembali ke Rahmatullah atau pun asal kita, sudah tentu demikian pula dan tetap juga diselubungi oleh cahaya daripada NUR sepanjang masa.
________________________________________
"Sesungguhnya tuhan tidak akan mengampuni dosa orang yang mensyirikkan (menduakan)Nya, akan tetapi segala dosa-dosa lain akan tetap diampuninya. Dan barang siapa yang telah mensyirikkan tuhan, maka iapun telah tersesat dengan kesesatan yang maha dahsyat sekali adanya".
(Surah An-Nisa, ayat 116)

Tuesday, 28 August 2018

Hi

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=625938247802447&id=125152381214372
https://m.facebook.com/photo.php?fbid=1125000597649808&id=100004196351406&set=gm.1782518981867538&source=48

Pen curi

https://m.facebook.com/photo.php?fbid=1124821814334353&id=100004196351406&set=gm.1782169061902530&source=48

Sunday, 26 August 2018

burung jantan bertelur

Aku sudah bebas
Aku ingin bebas seperti burung
Tapi aku x mampu terbang bebas kerana aku x punya sayap😂😂😂
burung jantan saja yg boleh bertelur .
burung betina tak boleh beranak .
tapi boleh jadi beribu

fb


Klu takut d lambung badai..jgn brumah d tepi pantai!!!

#mohonterasa
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Komen
Othman Draman kalau takut gempa bumi .

jgn berumah di atas tanah .

kalau takut bini .

jgn berumah tangga .
Uruskan
Balasan1m

rumah tanpa tangga

kalau takut gempa bumi .
jgn berumah di atas tanah .

kalau takut bini .
jgn berumah tangga .

pesan 6

"Hajat zahir menjadi batin, menyulamkan batin menzahirkan hayat"
Dalam wangi ada tarikan, dalam hanyir ada kesumat,yang mana dikatakan mati. Semua maha hidup dalam bangkai ada ulat. Setiap daya ada perkerjaan, tiada daya wajib dikerjakan juga, mana mahu lari, oh celaka sungguh, siapa yang kejutkan daku sedang LENA lantas SADAR.
Kekosongan tidak pernah ada.Yang wujud adalah kepelbagaian ini.
Sekiranya kita mati, kita tidak akan pernah merasakan kematian itu.
Hidup, sedar-sedar sahaja kita telah pandai berjalan beserta pakej-pakej kehidupan kita, ibubapa, nama, rupa dan lain-lain, Dan terkemudian nanti kita pasti akan mati. APabila mati lupuslah segalanya. Kita tidak mengetahui kita dimana, tidak ada langsung memori menggambarkan kita pernah hidup malah kita sendiri tidak akan sedar bahawa kita ADA! Contohnya, kita tidak pernah tahu kita pengsan melainkan kita tersedar selepas itu. Ketika pengsan kita tidak pernah merasakan pengsan, hidup mahu pun mati. Kita tidak sedar langsung!
“Selagi hayat dikandung badan hargailah ia sebaik mungkin,
Bagaimana manusia itu boleh mati, sekiranya dia tidak pernah memiliki “HIDUP”
“hidup atau hayat itu sifat siapa”?🚬
“BUKANKAH AKU INI TUHANMU ? BETUL ENGKAU TUHAN KAMI, KAMI MENJADI SAKSI”
(Q.S AL-‘ARAF 172)
Sudah tepat.. sudah terjawab Kan? Apakah ada lagi yang silapnya?
Telah aku pandang bahawa, duniawiyah ini adalah seseni-seni secantik-cantik lukisan ketuhanan yang tidak ada cacat celanya.Kerapian kedirian yang maha sempurna,apa lagi yang hendak dima'rifahkan?
Tahu dan tidak tahu, buruk dan baik, kafir dan Mu'min.... jaringan-jaringan kesenian.
Keseolahan dua wujud, bayang dan yang empunya bayang.Akal cumalah isyarah atau bahasa ma'ani yang merunju' kepada “IRODAT/ ILMU' 'KEtuhanan' itu sendirian, dan tidak melebihi atau kurang dari yang sedemikian itu.
Faham, bukannya kelebihan, tak faham, bukannya satu kekurangan.. kerana dua-duanya berawal dari ZAT ESA.
Konsep balasan dialam barzah ini direka khas untuk manusia, agar merasa ‘ketakutan’, dan dijadikan undang-undang atau syariat yang membimbing mereka supaya sentiasa berbuat kebajikan dan mejauhi kejahatan dimasa hidup.
Kebaikan = setiap ciri-ciri yang membahagiakan manusia.
Kejahatan = setiap yang bertentangan dengan kebahagiaan manusia.
Walau bagaimanapun syariat-syariat baik dan jahat ini mestilah berlantaskan ciri-ciri pemerintah.
Undang-undang “Baik” kadang-kadang menjadi “Jahat”, kiranya menentang pemerintah.
Undang-undabg “Jahat” akan dikira “Baik”.. andainya tidak menentang pemeritah.
Umpamanya: ‘Memakai Topi keledar adalah baik, kerana memakai topi keledar menguntungkan pemerintah.. Walaupun pemerintah megetahui bahawa kematian bukanlah disebabkan oleh perlanggara, tetapi kerana sudah sampai “Ajal’
Berpuluh-puluh billion manusia telah pun pergi sebelum kita Bila ditanya: ‘Apakah kamu mati kerana H1N1?’ Dan tiada seorang pun akan menjawab: ‘Yes oh Yes.. betul.. betul’, Bahkan, mereka-meraka senyap sahaja, tidak menjawab.
Undang-undang tercipta demi kesejahteraan kehidupan, bukanlah dibawa ke alam khayalan semata-mata sehingga menyebabkan kita takut akan kematian, samada menuju ke “syurga atau neraka” kedua-duanya sudah tersedia ada ketika hayat dikandung badan,sedar dan tidak sedar sahaja.
“Dari DIA Kita hadiri, dan dari DIA juga kita lenyap”
#dari titik terungkap kenyataannya
#dari kelenyapan timbul persoalan
“ selagi bertanya selagi itu ber’illusi "
Pengalaman hidup ber’intikan pencipta’ tidak memerlukan ugama-ugama untuk dianuti, kerana telah tersedia adanya tuhan, tanpa tercari-cari dan difikir-fikirkan serta direka-reka.
'KITA' harus mengubah cara pemusatan konsep dari pemikiran 'kuno' atau pendirian yang berpusar dan bergantung disekitar 'TUHAN, kepada mengkaji diri "KENAL DIRI KEDIRIAN, kerana 'KEDIRIAN' itu adalah tuhan yang dicari-cari. Dan 'KESEDARAN' adalah sifat 'TUHAN.
Bukan senang, minda nak bebas dari merdeka. Kita kebiasaannya, memenjara atau terpenjara dengan apa yang didengar-dengar dan dibaca-baca, lalu kita mempercayainya, peringkat muksimum.
TUHAN’ dicipta atau dicetuskan oleh manusia dari ‘tiada’ kepada ‘ada’ (matrix), agar manusia-manusia kerdil akan terus berkhayal menghisap morphine atau candu, kerana ia tidak tahu apa hendak buat untuk memenuhi masa lapangnya atau ketika ia bangun dari tidur (jaga).
‘TUHAN’ adalah senario yang direka-reka seumpama cerita-cerita drama yang mampu menitiskan berlori-lori air mata penonton-penonton TV.
Episod bersiri ‘Tuhan’, adalah agenda dan seni kreatif illuminati,cahaya atau Enlightenment yang diolah oleh para filosof yang ‘dikitab sucikan.
Kiranya kamu ingat 'TUHAN' itu ada.. maka carilah sampai ketemu. Mungkin 'IA' berada dilubang-lubang cacing atau hanyut disungai-sungai.
Sekiranya kamu ketemui 'IA'.. maka buktikan kesahihannya dengan bukti-bukti logika.
“Namun janganlah kamu buktikan dengan mengutip kata-kata yang “tersedia adanya” kerana mungkin sahaja kamu telah diakali atau dikelirukan secara licik olih ahli-ahli iluminati (sang Imaginasi kuno)”
#Ketuhanan yang sentiasa mesra dengan jasad, tidak memerlukan dengan kata-kata manusia, untuk kewujudannya, kata-kata hanyalah
umpama dedalu yang menumpang di persada minda.
"Selagi bertanya selagi itu ber”illusi🚬
" Terseksa, untuk mencintai'nya
Menjiwai, untuk diseksanya
Terpaksa atau rela, janji zahir bersama
Bila tiba waktu zahir harus bercincinkan batin "6