▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
*MENUNTUT ILMU TASAWUF ITU FARDHU AIN*
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
➰🍀➰🍀➰🍀➰🍀➰
*☀TASAWUF MENGENAL ALLAH LEVEL ASAS☀*
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
*🍀SOALAN* [11/16, 5:35 PM] Admin Ali Emran Munir: Kalau allah tak bertempat bagaimana nk kata allah itu wujud sebab tidak tahu allah berada dimana???
*☀JAWAPAN* [11/16, 5:48 PM] : Bismillah - *Wujud Allah* TAMPA MEMERLUKAN *"TEMPAT"* ATAS KERANA "ALAM KETUHANAN ALLAH" ITU TIDAK MEMERLUKAN "TEMPAT" ..
_(sebenarnya tidak boleh nak sebab Allah ada alam, tapi ini sekadar untuk mendatangkan kefahaman awam)_
... Allah Wujud tidak seperti mana Wujudnya Makhluk. Makhluk MEMERLUKAN "TEMPAT" sedangkan Allah "SEDIA WUJUD" tampa BERTEMPAT! Dia tidak bepermulaan sebagaimana manusia @ makhluk-Nya yang ada "Permulaan Wujud" .. tapi bagi Allah, Dia Wujud yang tiada bepermulaan. Dan Dia juga Tidak Memerlukan "RUANG" dan "TEMPAT" ..
"Tempat" tu adalah Makhluk Muhaddas (makhluk yang "baru" diadakan Allah) 😛 .. sebelum "Tempat" dan "Ruang Alam" dicipta Allah, Allah telah "Sedia Ada" ...
.. Allah TELAH "BERADA" dimana Dia TELAH BERADA PADA SAAT INI. Dulupun Allah "berada" di mana Dia dah berada pada "saat ini." Dan akan datangpun Allah akan tetap "kekal" di mana Dia "berada" pada "saat ini" .. Sifat-Nya kekal tidak dipengaruhi oleh apa apapun.
Ayat "berada" itupun adalah makhluk Muhaddas (makhluk baru), pada dulu kala, tempat dan "ruang waktu" pun TIADA! Tapi pada "saat" itu Allah dah "ADA" tampa DIA "MEMERLUKAN SEBARANG "RUANG" dan "TEMPAT".
Ruang alam dan "tempat" diciptakan Allah pada saat Allah ingin menciptakan Makhluk BERJISIM.
Makhluk berjisim memerlukan "Tempat" bagi "Menempatkan Diri", lalu diciptakan Allah "ruang", "alam" dan "waktu" bagi _"menempatkan makhluk ciptaan-Nya"_ ...
.. Tapi tidak bagi Allah, bagi Diri Allah, Allah tidak "bergantung" pada tu semua (ruang, alam, waktu). Sifat Zat Allah yang Qadim itu tidak memerlukan tempat dan ruang alam ... dan Dia tidak "bersandar" atas apa apa pun, tidak seperti mana makhluk-Nya Hina dan Lemah.
.. Kita memerlukan "tempat" iaitu bumi untuk berdiri, kita memerlukan "ruang" dan "udara" untuk bergerak dan bernafas .. kita memerlukan "masa" dan "waktu" bagi mematangkan akal dan daging kulit tulang belulang, kita tampa "masa" dan "waktu" maka kita tidak mampu hidup dari muda ke tua. Dll
Tapi Allah tidak seperti tu. Atas kerana tu Allah tidak muda dan tidak tua, tidak mempunyai nyawa untuk bernafas atas kerana Allah tidak tertakluk kepada "ruang", "alam", dan "waktu" ...
Jadi tidak timbul bagi Allah untuk "bergerak" dari satu tempat ke tempat yang lain .. ataupun di akal akalkan, _dulu Allah berada di suatu "tempat" .. bila Arasy tercipta, maka Allah pun "duduk mendiami Arasy-Nya" .. *Demi Allah! Tidaklah Allah sedemikian rupa sifat-Nya yang QADIM!*
Allah "TIDAK MENDUDUKI" ruang alam ini ... "Alam Allah" _(kita andaikan samata padahal Allah tidak memerlukan alam)_ .. atau "KETUHANAN-NYA" Allah itu tidak bergantung pada sesuatupun ... ini yang asas perlu tuan Munir fahami sejelasnya ..
Selagi tidak faham bab "asas" ini, maka Akal tuan Munir akan selalu menyatakan bahawa "ALLAH ADA DAN BERADA DI DALAM RUANG WAKTU MAKHLUK-NYA" padahal tidak begitu! ... ini pandangan yang salah dan lemah.
Allah berada "DILUAR" alam maya kita ini .. dan Dia juga meliputi ruang alam maya ini yang *terlalu kecil* jika dibandingkan dengan Kebesaran-Nya Zat Allah Taala. Cukuplah setakat ini, panjang lagi kalau nak dijelaskan, in sya Allah di lain masa sahaja.
*Hanya Dia sahaya yang Mengetahui tentang Diri-Nya sendiri. Kami hanya para Hamba-Mu yang terlalu kerdil dan hina di sisi-Mu. Ampunkan segala kesalahan kami dan sifat kesombongan kami atas para makhluk makhluk-Mu!*
*Kami berkhidmat dengan-Mu selagi mana nyawa kami dikandung badan! Jika kami mati esok hari, para Sahabat kami sedang menanti kami ketibaan kami!* 🍀⚡🙏🏻⚡🍀
No comments:
Post a Comment