Friday, 18 November 2016

tidak layak mengenali Nya

Kata Syeikh ra...

Sesiapa yang tidak layak mengenali Nya, sudah tentu akan disibukkannya dengan melihat kepada amalnya

Orang yang tidak mengenal Allah akan sibuk melihat amalnya dan terlindung daripada melihat Allah yg memberikan amal

Orang salik terbahagi dua golongan...

Al Haq sendiri yang menjadikan mereka sebagai orang yang istimewa dan utama sehingga dijadikan ahli wusul

Kedua.. Orang yang ditempatkan utk berkhidmat dan beribadah semata2.. mereka sibuk beramal dan memandang kepada amal mereka sehingga mereka rasa lazat dgn amal ibadah mereka

Dunia dinding dengan akhirat dan akhirat dinding dengan Allah

Kata sesetengah orang Arif..

Alangkah jauhnya perbezaan antara orang yang bercita2 untuk mendapatkan bidadari dan mahligai dengan orang yang cita2nya tersingkap dan terangkat tabir hijabnya

Kata Syeikh ra..

Janganlah anda jadikan diri anda itu hamba Nya selagi sesuatu hak yang lain masih ada tinggal pada anda

Selagi masih ada hak sesuatu pada diri kamu selagi itulah tidak layak kamu menjadi hamba Allah

Imam Junaid ra berkata..
Hamba itu tetap hamba juga, selagi dia masih belum membayar harga dirinya walaupun satu dirham

Selagi belum tahkik dengan hakikat la ila ha illallah selagi itulah dia tidak dapat menfana'kan harta kemegahannya, belum keluar daripada daya upaya dan kekuatannya dan belum menemui perbendaharaan la hawla wala quwwata illa billah dan belum ada bahagian untuknya dalam penghambaannya

Kata Syeikh ra

Barangsiapa yang kenal akan seseorang mahkluk tidak akan mengenali Tuhannya yang Esa. Sedang tidak bercerai seseorang itu daripadaNya dan tidak berhubung seseorang itu dengan Nya iaitu tidak keluar daripada Nya ilmu dan tidak berhubung dengan Nya Zat .

Kata Syeikh Ibnu Athaillah ra..

Sampainya anda kepada Allah itu bererti sampainya anda kepada ilmu tentang Nya. Jika bukan itu maksudnya maka Maha Suci Allah Tuhan kami daripada berhubung dengan Zat Nya sesuatu atau berhubug dengan sesuatu

Alam dan makhluk ini adalah tempat penzahiran Allah dan tempat mengenal Allah

Oleh itu ... bermujahadahlah bersungguh2 dalam usaha mengikuti ahli tamkin dan berpegang teguh dengan perkataan mereka. Ikutilah setiap perbuatan dan perlakuan mereka pada setiap ketika. Berkhidmatlah kepada mereka sehingga beroleh manafaatnya

Sufi... orang yang suci selain Allah..
Sufi... orang yg berada disaf hadapan dihadrat Allah...

Tasawuf... taqwa, sabar, warak .. fana

ربنا آتنا فى الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار...

آمين يارب العالمين

وبالله التوفيق والهداية والله اعلم

No comments:

Post a Comment