▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
*AULIA SUFI MANSUR Al-HALLAJ 'ANA AL-HAQ'*
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Bismillah - Tragedi yang menimpa "Al-Hallaj" yang dihukum mati atas kerana ungkapannya "Ana Al-Haq", ia menjadi suatu hikmah yang luar biasa di dalam sejarah perkembangan Tasawuf dan dunia kesufian.
Walaupun hukuman yang dijatuhkan keatas Al-Hallaj begitu berat dan begitu zalim dalam sejarah peradaban manusia, namun diterimanya dengan rela hati (iklas) dan berlapang dada atas kerana yang dipandangnya bukanlah hukum yang maha zalim itu, tetapi yang dipandangnya adalah dari manakah hukuman itu"datang" dan "siapakah" yang "menghantarkan"hukuman (ujian) itu kepada dirinya.
Tidak lain kecuali dari Allah s.w.t jua 'ia' datang, maka Al-Hallaj menerimanya dengan gembira walaupun terlalu pahit penuh derita atas kerana tubuhnya dikerat-kerat, matanya dicongkil, hidungnya dipotong, telinga diputuskan, tetapi lidahnya tetap istiqomah tampa henti mengucapkan kalimah "zikirullah" (Tiada Tuhan Yang Disembah, Kecuali Allah)... tampa henti walaupun tubuhnya pedih menanggung kesakitan yang begitu hebat.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Oleh kerana lidah tidak tahu "diam", makin disiksa tubuhnya, maka semakin kuat kalimah "Allah" itu diulang-ulangkan dari mulut dan lidah Al-Hallaj. Lalu lidahnya dicangkuk dengan besi tajam dan ditarik keluar dan dikerat hingga putus.
Namun Al-Hallaj tetaplah dirinya "Al-Hallaj", walaupun lidahnya sudah dipotong, darahnya terpancut keluar, tetapi dia tetap "berzikir"(dihatinya)dengan menggoyang-goyangkan kepalanya seakan-akan orang yang sedang di dalam majlis zikir.
Dan bagi menghentikan goyangan kepala 'zikirullah' Al-Hallaj itu, maka 'algojo' pun diperintah untuk memenggal kepala si-buta, si-tuli dan bisu bernama Al-Hallaj itu hingga putus terpelanting ke tanah.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Selepas kepadanya dipenggal, darahnya mengalir membentuk kalimah "Allah" .. keadaan menjadi gempar dengan peristiwa tersebut .. apakah para ulama fekah pemerintah telah menjatuhkan hukum pada seorang Wali Allah yang dianggap telah kafir murtad atas kerana lafasnya _*Ana Al Haq*_ dalam keadaan ia sedang mencapai kemuncak Fanabillah! _(Bukannya 'fana' sambil pegang handphone tetapi Fananya seorang insan bermaqam para Wali Wali Allah)_ :-)
.. Tidak puas itu sahaja, lalu jasadnya bakar hingga rentung dan hangus, dan dicampakkan di dalam sungai Tigris!
Maka tamatlah riwayat hidup insan Wali Allah Sufi bernama Mansur Al-Hallaj itu yang mati di dalam sebuah "Kebenaran" *Al Haq*.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Begitulah adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak, betapa sayangnya "kalimah Allah" itu pada diri Al-Hallaj, dan atas kerana kalimah itu juga, beliau mampu menghadapi ujian yang begitu berat di dalam hidupnya.
Tempatkanlah diri kita ditempat Al-Hallaj di saat dia menerima hukuman itu, bagaimanakah rasanya? Dia bukan nabi dan bukan rasul yang diberi kekuatan jiwa untuk menghadapi ujian yang sebegitu berat.
Dia sama seperti diri kita ini, "insan biasa" yang lemah ini. Tetapi apakah yang *melebihkan* "darjat" diri Mansur Al-Hallaj itu jika dibandingkan dengan diri kita yang serba "hebat" dan serba "mewah" di zaman jahililah ini??▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Jawapannya mudah dan ringkas, iaitu di dalam qalbu hati Al-Hallaj itu ada *"Allah"* dan ada *"Tuhan"* di dalam hatinya. Di dalam qalbu hati Al-Hallaj hanya ada *Satu* nama sahaja iaitu Al-Haq Allah Taala. Cintanya kepada Allah SWT hingga tiada lagi "selain Allah" di dalam batin hatinya.
Tapi bagaimana dengan diri kita dan hati kita?? Tanda-tanda nyata seseorang insan itu "ada Allah" di dalam hatinya, maka lidahnya dan hatinya selalu sahaja menyebut-nyebutakan nama Tuhan yang ia "sembah" dan Tuhan yang *ia Cintai*
_(tetapi bukannya mengaku diri ini adalah hakekat Allah - Ana al Haq! Allah tiada di dalam hati hati yang masih "berpenyakit mazmumah tercela" .. main wasap tu termasuk hal yang lagho lalai ibadah pada Allah! Sedangkan seorang arifbillah, bila mereka ingatkan Allah, mereka terus tegak berdiri bersegera tunaikan solat sunat untuk mengadap keagungan wajah-Nya, tapi bukan capai handphone!)_
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tetapi sekiranya kita "sembah manusia"(?) maka nama itulah yang akan selalu kita sebut-sebut. Contohnya "oh Zulhelmi", "oh Kamarul"oh Hawariah", "oh Siti","oh Yoyah", "oh isteriku tercinta", "oh suamiku tersayang" dll..
Maka nama "Tuhan Palsu" di hati itu akan selalu diingati, disebut-sebut, dipuja-pula dan terbayang diminda qalbu. Ataupun lebih teruk lagi di hatinya selalulah teringatkan "duit - duit -duit - duit - duit" ...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Jika duitnya banyak, maka gembiralah hatinya kerana "Tuhan Palsu"($$) itu penuh di sakunya dan "memenuhi" ruang qalbunya dengan "Tuhan Tuhan Palsu" tersebut ($$$? harta? pangkat? Kekasih? Suami? Istari? Nafsu?).
Walaupun kamu tidak "menyembahnya" (makhluk) sebagaimana kamu "menyembah Allah" secara zahirnya, tetapi menjadi lebih "parah" bilamana _Zahir tubuh Jasadmu menyembah Allah, tetapi di dalam "hatimu" menyembah "selain" dari Diri-Nya.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Inilah sifat "syirik"(menduakan Tuhan) yang paling berbahaya dan paling"memudaratkan" jiwa dan rohmu atas kerana kamu tidak sedar kamu telah"menyembah Tuhan selain Allah tampa disedari oleh hati atau sesiapapun.
Oleh itu,berubahlah dari sekarang, dan buanglah segala jenis *"Tuhan-Tuhan Palsu"* yang sedang dan masih bersarang di dalam qalbu hatimu, dan *"GANTIKANLAH"* kesemua Tuhan Tuhan Palsu" itu dengan *"Tuhan Sebenar"* iaitu Allah s.w.t Tuhan yang Maha Hidup, yang Maha Kekal, Maha Berkuasa, Maha Kaya dan Maha Bijaksana, Maha "Tercantik" dari apa-apa yang kamu "sembah" selama ini.
Jadilah diri kamu seperti Al-Hallaj yang mempunyai "Tuhan Sebenar" di dalam hatinya dan hinggakan lidahnya tidak henti henti menyebut-nyebut nama Tuhan yang ia "sembah" yang bertahta di dalam hatinya.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
*NASIHAT TENTANG AL-HALLAJ ILMU AL-HAQ*
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Part II : Hanya mereka yang menjalani kesufian sahaja yang akan memahami jiwaAl-Hallaj itu dan perjalanan hidupnya. Kita tidak akan mampu memahami jiwa Al-Hallaj sekiranya tidak pernah memahami, menghayati dan mengamalkan amalan tinggalan ahli-ahli Sufi/Tasawuf silam.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ada ungkapan Sufi yang sangat arif yang boleh dijadikan renungan kita bersama untuk sekadar merasakan sedikit dari apa yang ditempuhi oleh Al-Hallaj:
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
“Orang yang sedang tenggelam di lautan(Fana), tidak akan pernah mampu berbicara, bercerita, berkata-kata, tentang tenggelam itu sendiri. Ketika ia sudah timbul dari tenggelam, dan sedar, baru ia berbicara tentang kisah rahsia tenggelam tadi. Ketika ia berbicara tentang tenggelam itu, kedudukannya bukan lagi sebagai amaliyah tenggelam, tetapi sekadar ilmu tentang tenggelam.”
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
"Bezakan antara amal dan ilmu. Sebab banyak kesalahfahaman orang yang menghayati makna tenggelam, tidak dari amalnya, tetapi dari ilmunya. Maka muncullah kesalahfahaman dalam memahami tenggelam itu sendiri.”
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
*Di Antara Ungkapan-Ungkapan Kata Al-Hallaj®*
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
1. “Allah menghijab mereka dengan Nama, lantas mereka pun menjadi hidup. Seandainya Dia menampakkan Ilmu Qudrat pada mereka, mereka akan hangus. Seandainya hijab hakikat itu disingkapkan niscaya mereka mati semua.”
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
2. “Tuhanku, Engkau tahu kelemahanku jauh dari rasa bersyukur kepadaMu, kerana itu bersyukurlah pada DiriMu bukan dariku, kerana itulah sesungguhnya Syukur, bukan yang lain.”
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
3. “Siapa yang mengandalkan amalnya, ia akan tertutupi dari yang menerima amal. Siapa yang mengandalkan Allah yang menerima amal, maka ia akan tertutupi dari amal.”
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
4. “Asma-asma Allah Taala dari segi pemahaman adalah Nama sahaja, tapi dari segi kebenaran adalah Hakikat.”
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
5. “Bisikan Allah adalah bisikan yang sama sekali tidak berlawanan.”
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
6. Suatu ketika Al-Hallaj ditanya tentang al-Murid, “Ia adalah orang yang dilemparkan menuju kepada Allah, dan tidak akan berhenti naik sampaiketika ia sampai.”
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
7. “Sama sekali tidak diperbolehkan orang yang mengenal Allah Yang Maha Tunggal atau mengingat Yang Maha Tunggal, lalu ia mengatakan, “Aku mengenal Al-Ahad” padahal ia masih melihat individu-individu lain."
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
8. “Siapa yang dimabukkan oleh cahaya-cahaya Tauhid, ia akan tertutupi dari ungkapan- ungkapan Tajrid (menyendiri bersama Allah). Bahkan, siapa yang dimabukkan oleh cahaya- cayaha Tajrid, ia akan bicara dengan hakikat Tauhid, kerana kemabukan itulah yang bicara dengan segala hal yang tersembunyi.”
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
9. “Siapa yang menempuh jalan kebenaran dengan cahaya Iman, maka ia seperti"pencari" matahari dengan cahaya bintang gemintang.”
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
10. “Ketika Allah mewujudkan jasad tanpa sebab, demikian pula Allah mewujudkan sifat jasad itu tanpa sebab, sebagaimana hamba tidak memiliki asal usul pekerjaannya, maka, hamba itu pun tidakmemiliki pekerjaannya.”
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
11. “Sesungguhnya Allah Taala, Maha Pemberi Berkah dan Maha Luhur, serta Maha Terpuji, adalahZat Yang Esa, Berdiri dengan DiriNya Sendiri, Sendiri dari yang lain dengan Sifat QidamNya, tersendiri dari yang lainNya dengan KetuhananNya, tidak dicampuri oleh apa pun dan tidak didampingi apa pun, tidak diliputi tempat, tidak pula ditemukan waktu, tidak mampu difikirkan dan tidak mampu tercetus dalam imaginasi, tidak pula mampu dilihat pandangan, tidak mampu darusi kesenjangan.”
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
12. “Akulah Al-Haq, dan Al-Haq (Allah) Benar, Mengenakan ZatNya, di sana tak ada lagi perbezaan.”
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
13. Ketika ditanya tentang Tauhid, ia menjawab: “Memisahkan yang baru dengan Yang Maha Dahulu, lalu berpaling dari yang baru dan menghadap kepada Yang Maha Dahulu, dan itulah hamparan Tauhid.” Wallahua'lam.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
*Penjaga Makam Sufi : 06:38®19-JUNE-2013©*
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
_*Ungkapan 'Ana Al-Haq' Itu Hanya Layak Bagi Lidah Insan Yang Telah Bermaqam Para Wali Wali Allah Semata Dan Di Dalam Keadaan Fanabillah! Jadi Ahlul Zindiq Melafaskannya Dalam Keadaan Ia Sedang Waras! Maka Akuannya Tersebut Samalah Sia Sia Sebagaimana Ucapannya Firaun : "Akulah Tuhan" & "Akulah Kebenaran"*_ 🍀
No comments:
Post a Comment