EDISI TOKOH.
Ismail Bin Jusoh atau lebih glamour dengan panggilan Abe Ail Budu. Beliau merupakan pengasas kepada Budu Cap Ketereh yg terkenal di seluruh pelusuk dunia.
Beliau telah menjalankan Perusahaan Warisan Ketereh di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor,Tumpat, Kelantan sejak 30 tahun lalu.
Budu Ketereh diusahakan oleh Ismail Yusof sejak tahun 1978 kerana selepas mendapati budu mempunyai penggemar yang cukup ramai sehingga permintaan terhadap sos ikan bilis itu tidak pernah putus.
Berkongsi cerita mengenai sejarah budu, Ismail memberitahu, budu dihasilkan hasil idea golongan nelayan dahulu apabila hasil tangkapan ikan bilis terlampau banyak.
Ketika itu mereka tidak mempunyai peti sejuk untuk menyimpan ikan bilis, hendak dijual pula tidak laku.
Ikan bilis yang tidak dapat dijual itu kemudian diperam dan dari situlah bermulanya sejarah budu yang merupakan hidangan wajib bagi rakyat Kelantan.
No comments:
Post a Comment