Saya bercerita tentang seorang lelaki....abang kepada kawan isteri saya yang meninggal dunia dua bulan lalu...Allahyarham meninggal sewaktu mengerjakan solat Asar berjemaah di masjid.
"Alhamdulillah masih ada kematian yang semacam itu pada zaman ini"...ulas sahabat saya selepas mendengar cerita saya.
"Cara mati kita ditentukan oleh cara hidup kita",
"Itu kata-kata Imam al-Ghazali rhm".
"Mengapa agaknya Allahyarham meninggal dalam keadaan yang sebaik itu".
Menurut kawan isteri saya itu lagi...abangnya memang seorang yang istiqamah solat berjemaah di masjid setiap waktu..kerja kampung seperti ambil upah menebas,membersihkan kebun disamping berniaga kecil-kecilan membolehkan Allahyarham mengatur jadual hidupnya sendiri.
Hanya yang sering ke masjid yang terpilih mati di sana.Siapa yang hidup secara baik akan mati baik....Insya-Allah.
"Soal mati lambat atau cepat sekarang tidak penting lagi...tetapi apakah kita mati dalam keadaan baik atau sebaliknya....itu yang lebih utama".
"Sebab cara hidup yang baik akan menentukan cara mati yang baik...".
"Jika kita selalu berzikir dan mengingati Allah semasa hidup...Insya-Allah semasa hampir kematian...Allah jualah yang akan sentiasa di hati dan di bibir kita".
No comments:
Post a Comment