Tuesday, 25 February 2014
P
Siapa laa punya kerja ni.. Tapi memang dia kreatif
😄
Arahan:
Buat karangan menggunakan huruf 'P' tidak kurang 120 patah perkataan..
Puiii!?? Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit.
Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh ! Pedas-Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang.
Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga!
Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong .
Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah. Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan ... Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang .....
Pengetuk Paku Pulak Patah Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara-Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang Perniagaan Pabila Puasa ... Pup .... Pelita Padam !
Penamat...Perghhhhh Penattt... ✌.
Dipetik dari ceramah Ustaz Syed Anas.
10 PINTU(CARA) UTK MEMBERSIHKAN DIRI DARI DOSA DOSA.
1.Bertaubat. Ertinya kembali kepada Allah. Syarat-syarat taubat ialah adanya perasaan menyesal, menjauhkan diri dari dosa, memulangkan barangan kepada yg hak dan berubah menjadi lebih baik.
2. Beristiphar. Ertinya memohon keampunan dari Allah.
3. Beramal ibadah yg kecil tapi mendapat pahala yg besar. Cntoh amalan ialah memberi salam, sentiasa berwudhuk, solat jenazah, senyum dan lain lain lagi.
5. Berdzikir.
6. Menerima ujian/musibah dengan redho dan yakin lah itu boleh menggugurkan dosa dosa.
7. Berusaha menguatkan Iman.
8. Berdoa supaya mendapat shafaat Nabi Muhammad S.A.W.
9. Bangun malam utk Qiamullail dan Tahajud.
Memaafkan dosa org lain tanpa dipinta.
10. Bertakwa kepada Allah bermakna membuat sesuatu yg Allah suka iaitu ibadah dan ketakwaan kita kepada Allah.
## Cara meningkatkan iman;
Sediakan masa utk berseorangan.
Letakkan tangan didada
Bermohon kepada allah
Ya Allah Kuatkan Iman ku
Ya Allah Kuatkan Perasaan Maluku kepada MU.
Tambahan.
## Jika kita bersama solat jenazah, pahalanya sama segunung Bukit Uhud, kalu kita bersama menghantar jenazah sampai ke kubur sama pahala sebesar 2 gunung bukit uhud.
## Amalkan Surah Wadhoha dan Inshyirah untuk mendapat shafaat Nabi Muhammad S.A.W.
Doa bertaubat dalam Surah 7(al araf) ayat 23.
#### Doa dan permintaan Nabi Muhammad S.A W.
DIRI yang diberkati
HIDUP yang diberkati
HARTA yang diberkati
ILMU yang diberkati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment