Thursday 3 August 2017

WILAYAH @ KEWALIAN SEORANG IBU

WILAYAH @ KEWALIAN SEORANG IBU
Cerita ini dikisahkan oleh almarhum Syeikh Zakariya bin ‘Umar Bagharib Singapore, yang adalah putera dari Syeikh ‘Umar bin Abdullah Bagharib, seorang mursyid Tarekat Qadiriyah di Singapura.
Syaikh Zakariya Bagharib pernah bercerita bahawa suatu saat di masa hidup Ghawtsul A’zham Syeikh ‘Abdul Qadir al-Jailani, sang Sulthanul Awliya’ tengah berada di lingkungan Masjidil Haram.
Saat berada di sana, beliau merasa takjub ketika melihat seorang wanita yang tengah melakukan tawaf mengelilingi Ka’bah dengan hanya satu kakinya. Melalui firasat beliau, fahamlah Syeikh ‘Abdul Qadir bahawa wanita tersebut bukanlah wanita biasa, melainkan pastilah seorang Wali.
Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani pun cuba mencari tahu peringkat atau maqam atau kedudukan sang Wanita Waliyyah tersebut. Beliau pun mencuba ke level 1 (Wali ‘rendahan’), tak dijumpainya ruhaniyyah wanita itu. Ke level 2, tak ada. Level 3, 4, … tak ada juga. Hingga sampai mendekati maqam Ghawtsiyyah beliau sendiri, tak juga ada.
Akhirnya, menyerah juga, dan memohonlah beliau ke Hadirat Allah SWT yang kira-kira secara mudah dapat dibahasakan sebagai berikut, “Ya Allah, siapakah wanita ini yang tak dapat ku lihat maqam wilayahnya?”... Sedangkan Syeikh Abdul Qadir Jailani terkenal dengan ucapannya ‘Kakiku berada di leher para Awliya”’
“Yaa, ‘Abdul Qadir, ikutilah wanita itu jika engkau ingin mengetahui maqam wilayahnya”
Sang Ghawts pun mengikuti wanita tersebut, hingga akhirnya beliau mengetahui bahawa ternyata, wanita tersebut sebenarnya tidaklah benar-benar berkaki satu. Yang terjadi adalah, wanita tersebut sebenarnya tengah menyusui anaknya. Anaknya yang kekenyangan tertidur di pangkuan kakinya.
Dan dengan karamahnya, sang Waliyyah ini ‘memutus’kan sementara satu kaki agar anaknya tidak terbangun, sementara ia pun menuju ke Masjidil Haram untuk bertawaf dengan hanya satu kaki. Dan ketika kembali ke anaknya yang masih terlelap dalam tidur, ia pun menyambungkan kembali kaki tadi.
Subhanallah. Itulah wilayah seorang wanita yang dicapai melalui kasih sayang keibuannya. Maulana Syeikh Muhammad Nazim ‘Adil Al-Haqqani pun sering menyebutkan betapa dekat seorang wanita dengan darjat Wali, dikeranakan sifat keibuan (motherhood). Sayangnya, banyak wanita di zaman ini, termasuk dari kalangan Muslimah meninggalkan keibuan/motherhood dan menganggapnya sebagai sesuatu yang ketinggalan zaman.
Dan sungguh ternyata kita tidak pernah tahu berapa dan betapa banyak hamba-hamba Allah (rijalullah wa ‘ibadallah) yang Allah SWT sembunyikan dalam kubah wilayah-Nya.

No comments:

Post a Comment