Monday, 7 August 2017

THEIST DAN ATHEIST

THEIST DAN ATHEIST
_____________________
Kau yang bagi muka pada atheist. Sedangkan atheist biasa saja. Nothing special. Sebab apa dikatakan nothing special? Jika kau tak percaya adanya Tuhan sekalipun, so what? Apa akan jadi? Kita tetap kena hidup di dunia yang serba palat ini. Jadi atheist ni, dia makan, berak, tidur, pi sekolah macam kita juga. Dia cuma tak percaya adanya Tuhan. Kau percaya ada Tuhan. Ada orang percaya banyak Tuhan. Kenapa yang tak percaya lebih special dari yang percaya?
Selain atheist, ada agnostik, ada deist, ada pantheist, ada macam-macam lagi. Kau, theist (percaya pada Tuhan). Mungkin kau monotheist (satu Tuhan) atau politheist (banyak Tuhan). Dia atheist (tak percaya Tuhan). Tidak ada apa yang special pun sampai perlu dibunuh. Kau yang terlalu takutkan dia. Cuba anggap dan terima dia macam kau terima orang lain yang beragama lain. Dia pun takkan ada isu dengan kau.
Sebenarnya orang lain pun tak percayakan Tuhan kau, sepertimana kau tak percayakan Tuhan orang lain. Tapi kenapa kau elok je hidup bersama? Kalau nak berhujah, berhujah. Kalau tak reti berhujah, tak perlu berhujah. Bukan semua benda atas dunia ni perlu berhujah. Tengok sudahlah. Lama-lama isu yang takda faedah ni berhentilah macam biasa.

No comments:

Post a Comment