Saturday 5 August 2017

fb

Ketika melakukan ibadah mahupun kerja harian ,ingatlah jangan sampai nampak diri.
Jika masih nampak diri yang melakukannya maka sudah syirik . Kerana syirik ini ibarat semut hitam bergerak atas batu hitam dimalam hari. Lihat pada solat kita lafaz sahaja aku solat ,ya kenapa sahaja? Ya jasad sahaja yang bergerak ,yang sebenar benar gerak melakukan solat itu Allah ,diri kita tiada kuasa walaupun nak gerak seputung jari ,jikalau bukan dari iradat dan kudrat Allah. Kerana itu jangan sampai terlihat diri kita ,jika masih terlihat sudah syirik jadinya. Umpama sedekah ,siapa yang sedekah? Bukan kita tetapi Allah yang sedekah ,yang terima sedekah itu pun Allah bukan kita. Kalau bukan iradat Allah nak kerja pun kita tak mampu ,duit yang kita ada milik Allah jika bukan kerana Allah yang maha kaya sudah pasti kita miskin tak ada duit. Jadi jagalah aqidah dengan sebenar benar jaga ,ingat jangan sampai terlihat diri kita.

No comments:

Post a Comment