Wednesday, 9 August 2017

AKU ADALAH KEHIDUPAN KEKASIHKU

AKU ADALAH KEHIDUPAN KEKASIHKU
***************************************
Apa yang dapat aku lakukan,
wahai umat Muslim?
Aku tidak mengetahui diriku sendiri.
Aku bukan Kristian, bukan Yahudi,
bukan Majusi, bukan Islam.
Bukan dari Timur, mahupun Barat.
Bukan dari darat, mahupun laut.
Bukan dari Sumber Alam,
Bukan dari syurga yang berputar.
Bukan dari bumi, air, udara, mahupun api;
Bukan dari singgahsana, penjara, eksistensi, mahupun makhluk;
Bukan dari India, China, Bulgaria, Saqseen;
Bukan dari kerajaan Iraq, mahupun Khurasan;
Bukan dari dunia kini atau akan datang:
syurga atau neraka;
Bukan dari Adam, Hawa,
taman Syurgawi atau Firdaus;
Tempatku tidak bertempat,
jejakku tidak berjejak.
Baik raga mahupun jiwaku:
Semuanya adalah kehidupan Kekasihku …
[ RUMI ]

No comments:

Post a Comment